Showing posts with label Pusat Membeli-belah. Show all posts
Showing posts with label Pusat Membeli-belah. Show all posts

Friday, 2 November 2012

Gerai Jagung

 Gerai jagung terletak di Kampung Redang menghala ke Pantai Cahaya Bulan dan jaraknya dari Kota Bharu,kira-kira  3.5 Kilometer dari pusat bandar.
       Jualan Jagung rebus wujud sejak beberapa tahun yang lalu dan penjualan jagung hanya ditemui di Kelantan dimana bilangannya antara 10 hingga 14 gerai.Sekarang ini,jualan jagung rebus ini sudah banyak dibuka di sekitar jalan Pasir Mas-Tanah Merah dan Pasir Mas--Rantau Panjang.Apa yang menjadikan jagung rebus di sini unik adalah kerana jagungnya direbus dengan menggunakan kayu api dan dapat ditemui pada bila-bila masa sahaja walaupun bukan musim jagung dengan harga yang berpatutan bersesuaian dengan kualiti jagung yang dijual.

Pasar Gok Kapor

 Nama Pasar Gok Kapor  terletak dihadapan lorong masuk ke Kampung Gok Kapor yang menuju ke sungai di mana terdapatnya pengkalan pengakutan sungai yang membawa penumpang ke seberang iaitu Kg. Palekbang dan Kg. Laut. Namanya diambil  sempena kegiatan pembuatan kapur di kawasan berkenaan dari dahulu dan masih wujud sehingga sekarang.Pasar ini  terletak kira-kira 2 km dari bandar Kota Bharu.Istimewanya pasar ini adalah  kerana makan laut serta ikan segar yang dijual di sini  dengan harga yang berpatutan.Kuih-muih tradisional yang enak-enak juga boleh didapati di sini,juga dengan harga yang patut.

Bazar Buluh Kubu

Bazar Buluh Kubu merupakan kompleks membeli-belah yang juga tersohor di Tanah Serendah Sekebun Bunga ini.Mempunyai ruang yang luas dengan tiga tingkatbangunannya menjadi daya tarikan para pelancong asing.Sudah menjadi   kemestian bagi mereka yang gemar membeli-belah dan mengumpul serta memperolihi barangan kraf tradisional dan moden tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke sini.
Biasanya para pengunjung akan mencari barangan kraf seperti kasut buatan tangan, replika alat muzik miniature, wau yang berwarna-warni, beg-beg, barangan perak yang cantik, aksesori dan pelbagai jenis barangan yang lain. Harga yang ditawarkan pula sanngat berpatutan.Inilah yang   menjadikan bazar ini amat popular dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong asing.Jadi,jangan lepaskan peluang"kunjungilah Bazar Buluh Kubu ini bila anda berada di Tanah Serendah Sekebun Bunga ini "

Pasar Wakaf Che Yeh

 Wakaf Che Yeh yang tersohor di kalangan para pelancung,merupakan sebuah pasar malam terbuka.Ianya y terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Pasar ini mempunyai keluasan suku ekar,.Satu-satunya pasar yang senriasa sarat dengan para pembeli dan peniaga tak kira malam atau siang.Ianya merupakan  tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita. Bermacam-macam barangan yang dijual di sini adalah harga patut dan bisa menarik minat para pembeli tak kira dalam atau luar negeri.Ianya merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah di waktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Suasana yang meriah dan pasar yang tak pernah tidur ini menjadi kian hangat dengan aksi para peniaga dan pembeli dalam urusan dan situasi tawar-menawar serta pekikan para peniaga dalam  mempromosikan barangan jualan masing-masing.Jika anda berkunjung di sini,anda tidak akan rasa rugi dan pembelian anda akan rasa berbaloi.

Pasar Siti Khadijah

Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun iainya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.

Pasar ini mempunyai empat tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.


Tingkat satu pula diperuntukan kepada makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan.

Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Setiap pagi ia merupakan nadi penggerak utama aktiviti perniagaan bandar Kota Bharu. Yang paling menarik ialah sebahagian besar dari peniaga di pasar ini terdiri dari kaum wanita kelantan sesuai dengan namanya. Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu.

Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan suasana hingar-bingar mengambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan. Berbagai jenis barangan ada dijual diantaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi.

Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.
sumber :http://www.mpkbbri.gov.my/pasar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...